Hadist Tentang Malaikat Atid

Hadist Tentang Malaikat Atid

Hadist Tentang Malaikat Atid

Hadist Tentang Malaikat Atid
Hadist Tentang Malaikat Atid

Tentang Malaikat Atid

Dari Abu Umamah r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya: Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri; maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan, dituliskan baginya kebaikan itu menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan, lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, berkatalah Malaikat yang di sebelah kanan tunggu dahulu; lalu ia menunggu selama enam atau tujuh jam; kemudian jika orang itu beristighfar dari perbuatan jahat itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun; dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah Taala, dituliskan baginya satu kejahatan saja.” (Tabarani dan Ibn Marduwiah)

Mengenai Kedua Malaikat Rokib Dan Atid

Dalam Hadis ini diterangkan beberapa perkara mengenai kedua Malaikat itu :

  1. Satu berada di sebelah kanan dan yang satu lagi di sebelah kiri setiap orang manusia.
  2. Yang di sebelah kanan ialah yang menulis amal kebaikan dan menjadi ketua kepada yang di sebelah kiri, yang menulis amal jahat.
  3. Tiap-tiap satu kebajikan ditulis dengan sepuluh kebajikan, dan tiap-tiap satu kejahatan ditulis satu kejahatan sahaja.
  4. Amal jahat tidak ditulis melainkan setelah diberi tempoh enam atau tujuh jam – dengan arahan dari Malaikat sebelah kanan.
  5. Sekiranya orang yang melakukan kejahatan itu beristighfar memohon ampun dari Allah Taala dalam tempoh yang tersebut, maka kejahatan itu tidak ditulis.

Allah s.w.t Maha Mengetahui akan segala yang lahir dan yang tersembunyi, tetapi bagi melahirkan kebesaran kerajaan-Nya dan keadilan pemerintahan-Nya maka segala apa jua yang dilakukan oleh setiap manusia – sama ada yang baik atau yang buruk – diperintahkan menulisnya dalam surat amalnya oleh dua Malaikat yang ditugaskan khas mengenainya supaya dapat dilihat dan dibaca oleh orang itu sendiri pada hari akhirat kelak.

Malaikat Rokib Dan Atid Tetap Bersatu

Kedua-dua Malaikat yang tersebut – sebagaimana yang diterangkan dalam hadis ini – tidak bercerai daripada orang itu walau sesudah ia meninggal dunia.

Mereka diperintahkan tinggal tetap di kuburnya bertasbih, bertahmid dan bertakbir hingga ke hari qiamat dan pahala zikir mereka yang tersebut ditulis oleh mereka dalam surat amal orang itu. Sebaliknya jika ia kafir, maka mereka melaknatnya hingga ke hari qiamat.

Baca Juga: